Wow!!! Cantiknya mural 'One Hope For Orang Utan' ni... Ada bakat =)

Salam untuk semua...

Bagi menjayakan kempen ini, kami telah menghasilkan sebuah mural bertemakan 'One Hope For Orang Utan' dengan bantuan Sukarelawan Pongo... Mural ini terletak berhampiran dengan Dataran Perhimpunan... 4 hari diperlukan untuk menyiapkan mural ini...

Hari pertama...
Sukarelawan Pongo mengecat semula dinding dengan warna hijau muda sebagai latar belakang...


Pada sebelah malamnya, kami meminta bantuan sukarelawan Pongo yang tinggal di asrama sekolah untuk melakar mural tersebut... Cikgu Razak membantu kami dengan memancarkan lakaran mural menggunakan LCD projector... hampir jam 9.30 malam barulah proses lakaran mural ini siap...

Hari kedua dan seterusnya...

Keesokkan harinya, proses mewarna mural bermula... Kami amat bangga dengan komitmen yang diberikan oleh Sukarelawan Pongo dalam menyiapkan mural ini... Mana tidaknya, selepas waktu persekolahan (1.25 petang) mereka pulang ke rumah... Kemudian, pada jam 3.00 petang mereka datang semula ke sekolah untuk mewarnakan mural tersebut...

Syabas kami ucapkan... =)




Setelah bertungkus-lumus selama 4 hari, akhirnya mural ini berjaya disiapkan... Terima kasih kepada Sukarelawan Pongo yang membantu menyiapkan mural ini... Ternyata kreativiti mereka boleh dibanggakan... Ada bakat!!! Well done guys!!!

Inilah mural 'One Hope For Orang Utan' kami... taaaaraaaaa!!!

Diharapkan dengan adanya mural ini, ia dapat membantu meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang kepupusan orang utan......sempat 'posing' lagi =)

0 comments: