PENGEMBARAAN KINABATANGAN: Hari Ketiga, 22 November 2009





Aktiviti kami pada hari ini bermula pada jam 6 pagi dengan morning river cruise. Dengan menaiki bot dari Nature Lodge, kami menyusuri Sungai Kinabatangan menuju ke arah hulu sungai untuk melihat hidupan liar di sepanjang sungai. Menurut penamdu bot kami, waktu pagi merupakan waktu yang sesuai untuk melihat hidupan liar kerana mereka sedang mencari makanan. Kami pulang semula ke Nature Lodge untuk bersarapan setelah hampir dua jam menyusuri sungai.












Aktiviti kami seterusnya ialah mengunjungi Habitat Enterprise. Kami telah diberikan taklimat mengenai fungsi Habitat Enterprise oleh En Azlin bin Awang, pemilik Habitat Enterprise.
























Kami juga berpeluang melakukan aktiviti di sana seperti mengisi tanah di dalam beg semaian dan memindahkan anak pokok ke dalam beg semaian.





Selepas makan tengah hari, aktiviti kami diteruskan dengan penanaman pokok pada jam 2.30 petang. Menurut pihak WWF, kawasan penanaman ini perupakan kawasan kritikal dan memerlukan perhutanan segera demi menjaga habitat semula jadi hidupan liar. Setiap dari kami menerima sebatang anak pokok untuk ditanam.














Selepas tamat aktiviti penanaman pokok, aktiviti kami yang seterusnya ialah evening river cruise. Kami menyusuri Sungai Kinabatangan sekali lagi untuk melihat hidupan liar pada waktu petang pula.





orang utan






































































PENGEMBARAAN KINABATANGAN: Hari Kedua, 21 November 2009


Selepas persiapan diri dan bersarapan, kami memulakan perjalanan kami di hari kedua seawal jam 6.15 pagi. Dengan menaiki bas, kami menuju ke KLIA dari Tune Hotel.
Kembara kami ke Sabah bukan hanya kami berlima tetapi turut ditemani oleh Cik Cris Chan dari Boh Plantation, Abang Ashraf dan Abang Hafiz dari TV9 dan juga pemenang tempat kedua iaitu SMK Seri Jempol, Negeri Sembilan bersama guru penasihat mereka

Setelah mendaftar masuk bagasi, kami semua diberikan tiket penerbangan dan segera bergegas (maksudnya berlari!) ke pintu pelepasan kerana sudah kelewatan. Tetepi kami sempat juga naik. Kami berlepas ke Lapangan Terbang Sandakan dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 2710 pada jam 8.10 pagi.
Sepanjang penerbangan kami, pemandangan daripada tingkap pesawat begitu memukau. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Indah bukan ciptaan Tuhan!
Kira-kira 2 jam 45 minit penerbangan, kami akhirnya sampai di Lapangan Terbang Sandakan dan disambut oleh En. Lok, pemandu pelancong kami. Kru TV9 sempat membuat sedikit pengambaran di sana.
Selepas makan tengah hari, kami menuju ke Nature Lodge Kinabatangan. Setelah sampai kami perlu menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Kinabatangan sebelum sampai di Nature Lodge. Setelah diberikan taklimat, kami diberikan kunci lodge masing-masing.
Kami akan menginap di sini sepanjang kami di sini.
Kami menuju ke restoran untuk makan malam pada jam 7 malam. Selapas itu, kami menonton video ang disediakan oleh pihak WWF. VIdeo selama 30 minit ini memfokuskan isu-isu berkaitan alam sekitar dan usaha-usaha konservasi yang sedang dijalankan di Kinabatangan - Corridor of Life.

PENGEMBARAAN KINABATANGAN: Hari Pertama, 20 November 2009

Kami berkumpul di sekolah pada jam 6.00 petang. Kemudian, kami bertolak dengan menaiki van yang disediakan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.



Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, guru penasihat GPRS, En Abdul Razak menguruskan tiket penerbangan kami yang telah ditempah. Sementara menunggu waktu penerbangan, kami menjamu selera di Restoran Marrybrown.




Pada jam 9.30 malam, kami mendaftar masuk bagasi kami dan menuju ke Balai Pelepasan. Penerbangan kami dijadualkan berlepas ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT), Sepang dengan menaiki pesawat Air Asia AK 5277 pada jam 10.25 malam. Namun, atas kelewatan ketibaan pesawat, penerbangan kami terpaksa ditangguhkan. Sungguh menyedihkan dan menbosankan kerana terpaksa menunggu. Akhirnya pesawat kami berlepas pada jam 11.10 malam.
Kira-kira 45 minit penerbangan, kami selamat mendarat di LCCT, Sepang pada jam 11.55 malam. Selepas itu, kami terus menuju ke Tune Hotel yang terletak berhampiran dengan LCCT. Kami menginap di sini semalam sebelum meneruskan perjalanan kami pada keesokan harinya.