PENGEMBARAAN KINABATANGAN: Hari Kedua, 21 November 2009


Selepas persiapan diri dan bersarapan, kami memulakan perjalanan kami di hari kedua seawal jam 6.15 pagi. Dengan menaiki bas, kami menuju ke KLIA dari Tune Hotel.
Kembara kami ke Sabah bukan hanya kami berlima tetapi turut ditemani oleh Cik Cris Chan dari Boh Plantation, Abang Ashraf dan Abang Hafiz dari TV9 dan juga pemenang tempat kedua iaitu SMK Seri Jempol, Negeri Sembilan bersama guru penasihat mereka

Setelah mendaftar masuk bagasi, kami semua diberikan tiket penerbangan dan segera bergegas (maksudnya berlari!) ke pintu pelepasan kerana sudah kelewatan. Tetepi kami sempat juga naik. Kami berlepas ke Lapangan Terbang Sandakan dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH 2710 pada jam 8.10 pagi.
Sepanjang penerbangan kami, pemandangan daripada tingkap pesawat begitu memukau. Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Indah bukan ciptaan Tuhan!
Kira-kira 2 jam 45 minit penerbangan, kami akhirnya sampai di Lapangan Terbang Sandakan dan disambut oleh En. Lok, pemandu pelancong kami. Kru TV9 sempat membuat sedikit pengambaran di sana.
Selepas makan tengah hari, kami menuju ke Nature Lodge Kinabatangan. Setelah sampai kami perlu menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Kinabatangan sebelum sampai di Nature Lodge. Setelah diberikan taklimat, kami diberikan kunci lodge masing-masing.
Kami akan menginap di sini sepanjang kami di sini.
Kami menuju ke restoran untuk makan malam pada jam 7 malam. Selapas itu, kami menonton video ang disediakan oleh pihak WWF. VIdeo selama 30 minit ini memfokuskan isu-isu berkaitan alam sekitar dan usaha-usaha konservasi yang sedang dijalankan di Kinabatangan - Corridor of Life.

0 comments: