Ancaman dan Punca Kepupusan Orang Utan... Dan bagaimana kita boleh membantu melindungi mereka?

ANCAMAN
Haiwan pemangsa seperti ular sawa dan harimau bintang menjadi ancaman bagi anak orang utan.


PUNCA KEPUPUSAN
Aktiviti manusia seperti pembalakan haram, penerokaan kawasan hutan dan pemburuan haram adalah antara punca kepupusan orang utan.

Di pasaran gelap, orang utan diseludup dan diperdagangkan untuk dijadikan ramuan ubatan, barang perhiasan dan menu makanan eksotik.

Penebangan pokok secara tidak terancang menyebabkan sumber makanan semulajadi bagi orang utan semakin berkurangan.


BAGAIMANA KITA BOLEH MEMBANTU MEREKA?

> Berjimat menggunakan kertas. Semakin tinggi penggunaan kertas semakin banyak pokok yang perlu ditebang.

> Tidak membeli sebarang ubat-ubatan dan barang perhiasan yang diperbuat daripada orang utan.

> Memberi sumbangan atau derma kepada badan atau agensi berkaitan yang melindungi orang utan.

> Sebarluaskan maklumat tentang kepupusan orang utan kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan dan masyarakat setempat.

> Hentikan aktiviti pembalakan dan pemburuan haram terhadap haiwan.

> Tidak memakan, mengedar dan menjual mana-mana anggota haiwan yang terancam & dilindungi.


BERIKAN MEREKA HARAPAN UNTUK HIDUP

* Sumber maklumat daripada laman web yang disenaraikan di bahagian 'Links'.

Orang Utan... Makhluk Tuhan yang Unik

Salam untuk semua...

POPULASI HABITAT
Populasi habitat orang utan di dunia hanya terdapat di Kepulauan Borneo dan Sumatera.



POPULASI
Dianggarkan populasi orang utan di dunia adalah kurang 30,000.


SUMBER MAKANAN
Sumber makanan orang utan ialah buah-buahan, pucuk daun, kulit dan bunga pokok, serangga dan telur burung.


GENETIK
Genetik orang utan adalah 97% sama dengan manusia.


WARNA BULU
Warna bulu orang utan ialah merah keperangan.


NAMA SAINTIFIK
Nama saintifik orang utan ialah Pongo mygmaeus.


NAMA PANGGILAN
Di Sabah, orang utan dikenali juga sebagai kogiu, kahui dan kisau manakala di Sarawak ialah maias.


HABITAT
Habitat orang utan ialah di atas pokok kawasan hutan hujan tropika.
Orang utan akan membuat sarang pada waktu malam, tinggi di atas pokok.


BERAT BADAN
Anggaran berat badan orang utan dewasa ialah antara 40-100kg.


JANGKA HAYAT
Orang utan boleh hidup antara 50-60 tahun.


BILANGAN ANAK
Bagi satu tempoh kelahiran, orang utan betina hanya boleh melahirkan seekor anak sahaja
( 2 ekor - jarang )



KELUARGA ORANG UTAN
Gorila, chimpanzee, monyet dan ungka adalah antara haiwan satu keluarga dengan orang utan.


PANJANG BADAN
Anggaran panjang badan orang utan ialah antara 125-150cm ( 4-5 kaki )


TEMPOH KELAHIRAN ANAK
Orang utan betina dewasa hanya melahirkan anak setiap 8 tahun sekali.


TEMPOH MENGANDUNG ANAK
Seperti manusia, tempoh mengandung anak bagi orang utan ialah antara 8-9 bulan.


SPESIS
Terdapat 2 jenis spesis orang utan iaitu Pongo pygmaeus ( Orang utan Borneo ) dan Pongo abelii ( Orang utan Sumatera ).


WAKTU AKTIF
Orang utan aktif pada waktu siang dan kebanyakan masa digunakan untuk mencari makanan di hutan.


SIFAT
Orang utan akan menangis apabila lapar dan sakit.
Di habitat semulajadi, orang utan jantan akan hidup secara bersendirian manakala orang utan betina hidup bersama anak-anaknya.


* Sumber maklumat daripada laman web yang disenaraikan di bahagian 'Links'.

Tandatangan Sokongan Terhadap Kempen 'One Hope For Orang Utan'

Salam untuk semua...

Satu aktiviti penting yang telah kami jalankan sempena Kempen 'One Hope For Orang Utan' ini ialah mengumpul tandatangan sokongan daripada individu perseorangan sebagai tanda sokongan dan prihatin terhadap nasib orang utan yang semakin terancam dan pupus...

Bagi GPRS, kami telah meminta tandatangan sokongan daripada warga sekolah iaitu rakan pelajar, guru, kakitangan sekolah, pekerja am sekolah, pengawal keselamatan dan pengusaha kantin sekolah... Mereka dikehendaki menurun tandatangan sokongan dalam buku khas yang kami sediakan...








Setelah menurunkan tandatangan, kami memberikan pamplet dan pelekat kenderaan kepada mereka... di samping itu, kami turut bergambar bersama mereka...Ternyata semua warga sekolah memberi respon positif terhadap kempen ini... Mereka sedar akan akan pentingnya kita sebagai manusia untuk melindungi haiwan terancam amnya dan orang utan khususnya bagi kelestarian hidup mereka di muka bumi ini...






Aktiviti ini juga mendapat kerjasama daripada Sukarelawan Pongo... Setiap daripada mereka telah disediakan satu kad khas berserta pamplet...



Mereka turut sama menjayakan aktiviti ini dengan meminta tandatangan sokongan daripada ahli keluarga, jiran tetangga, saudara mara, sahabat handai dan individu perseorangan... Setelah menurunkan tandatangan sokongan pada kad tersebut, pamplet kempen telah diberikan kepada mereka... Bukan itu sahaja, Sukarelawan Pongo juga turut bergambar bersama mereka...
















Setelah satu tempoh yang telah ditetapkan, Sukarelawan Pongo perlu menyerahkan kembali kad tersebut... Jelas, dapat kami perhatikan komitmen mereka untuk memperoleh seberapa banyak tandatangan sokongan terhadap kempen ini... ada yang membuat fotokopi kad tersebut bagi membolehkan mereka mendapatkan lebih banyak sokongan daripada masyarakat setempat... Komitmen yang Sukarelawan Pongo berikan amat dihargai dan setinggi-tinggi penghargaan kami berikan kepada mereka... Good job guys and girls!!! =)


Kami menganggarkan sejumlah 6,000 tandatangan sokongan telah kami terima terhadap Kempen 'One Hope For Orang Utan' ini... Diharapkan usaha yang kami dan Sukarelawan Pongo lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran semua terhadap kepupusan orang utan...

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi menyokong kempen ini... Bersama-samalah kita bertindak bagi melindungi spesis orang utan daripada pupus... Berikan mereka harapan untuk hidup...