Kempen 'One Hope For Orang Utan' bersama PLUS

Salam untuk semua...

Pada 28 Ogos (semalam), kami telah mengedarkan pamplet dan pelekat kenderaan sempena kempen 'One Hope For Orang Utan' kepada para pengguna lebuhraya PLUS di Plaza Tol Ayer Hitam, Batu Pahat...


Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak PLUS...

Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PLUS di atas kerjasama yang diberikan... Demi keselamatan kami, pihak PLUS sudi meminjamkan jaket keselamatan supaya dapat diperhatikan dengan jelas oleh para pengguna lebuhraya...


Hampir 300 pamplet dan pelekat kenderaan sempena kempen ini telah diedarkan kepada para pengguna lebuhraya yang masuk mahupun keluar di Plaza Tol Ayer Hitam... satu pengalaman baru yang tidak mungkin kami lupakan... ini salah satu usaha kami untuk menyebarluaskan maklumat tentang kepupusan orang utan dan tanggungjawab masyarakat yang melindunginya...

Bersama-sama kami menjayakan program ini ialah maskot kami iaitu PONGY... 'seekor anak orang utan' yang cute... seorang daripada Sukarelawan Pongo sudi menjadi maskot kami... Siapa dia? Biasalah rahsia... =)




Semasa mengedarkan pamplet, kami dapat perhatikan pelbagai gelagat dan ragam manusia... apatah lagi apabila PONGY bersama-sama kami... PONGY berjaya menarik perhatian para pengguna lebuhraya terutamanya di kalangan kanak-kanak... mereka tersenyum dan gembira dengan kehadiran PONGY di situ...


Diharapkan kerjasama pihak sekolah dan pihak PLUS dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang... terima kasih PLUS!!!

0 comments: