Tandatangan Sokongan Terhadap Kempen 'One Hope For Orang Utan'

Salam untuk semua...

Satu aktiviti penting yang telah kami jalankan sempena Kempen 'One Hope For Orang Utan' ini ialah mengumpul tandatangan sokongan daripada individu perseorangan sebagai tanda sokongan dan prihatin terhadap nasib orang utan yang semakin terancam dan pupus...

Bagi GPRS, kami telah meminta tandatangan sokongan daripada warga sekolah iaitu rakan pelajar, guru, kakitangan sekolah, pekerja am sekolah, pengawal keselamatan dan pengusaha kantin sekolah... Mereka dikehendaki menurun tandatangan sokongan dalam buku khas yang kami sediakan...








Setelah menurunkan tandatangan, kami memberikan pamplet dan pelekat kenderaan kepada mereka... di samping itu, kami turut bergambar bersama mereka...Ternyata semua warga sekolah memberi respon positif terhadap kempen ini... Mereka sedar akan akan pentingnya kita sebagai manusia untuk melindungi haiwan terancam amnya dan orang utan khususnya bagi kelestarian hidup mereka di muka bumi ini...






Aktiviti ini juga mendapat kerjasama daripada Sukarelawan Pongo... Setiap daripada mereka telah disediakan satu kad khas berserta pamplet...



Mereka turut sama menjayakan aktiviti ini dengan meminta tandatangan sokongan daripada ahli keluarga, jiran tetangga, saudara mara, sahabat handai dan individu perseorangan... Setelah menurunkan tandatangan sokongan pada kad tersebut, pamplet kempen telah diberikan kepada mereka... Bukan itu sahaja, Sukarelawan Pongo juga turut bergambar bersama mereka...
















Setelah satu tempoh yang telah ditetapkan, Sukarelawan Pongo perlu menyerahkan kembali kad tersebut... Jelas, dapat kami perhatikan komitmen mereka untuk memperoleh seberapa banyak tandatangan sokongan terhadap kempen ini... ada yang membuat fotokopi kad tersebut bagi membolehkan mereka mendapatkan lebih banyak sokongan daripada masyarakat setempat... Komitmen yang Sukarelawan Pongo berikan amat dihargai dan setinggi-tinggi penghargaan kami berikan kepada mereka... Good job guys and girls!!! =)


Kami menganggarkan sejumlah 6,000 tandatangan sokongan telah kami terima terhadap Kempen 'One Hope For Orang Utan' ini... Diharapkan usaha yang kami dan Sukarelawan Pongo lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran semua terhadap kepupusan orang utan...

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi menyokong kempen ini... Bersama-samalah kita bertindak bagi melindungi spesis orang utan daripada pupus... Berikan mereka harapan untuk hidup...

0 comments: