Pertandingan Kuiz 'One Hope For Orang Utan'

Salam untuk semua...


Kami telah menganjurkan Pertandingan Kuiz 'One Hope For Orang Utan' dari 17 - 21 Ogos yang lalu... pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar...



Caranya mudah sahaja... para peserta perlu mendapatkan borang soalan kuiz, kemudian cuba jawab semua soalan yang diberikan dengan betul dan tepat... Pelbagai soalan kuiz ditanyakan yang berkaitan dengan orang utan... Jawapan untuk soalan kuiz tersebut perlu dicari sama ada di dalam buku, majalah, ensiklopedia, internet, pameran GPRS atau di GPRS InfoZone...




Sebelum menghantar borang kuiz tersebut, para peserta dikehendaki mencipta satu slogan yang menarik... slogannya adalah 'Spesis orang utan perlu dilindungi kerana... (tidak melebihi 20 patah perkataan)'... Hadiah menarik menanti para peserta yang berjaya...
Antara slogan yang telah dicipta oleh para peserta pertandingan kuiz ini ialah...
"Spesis orang utan perlu dilindungi kerana ia spesis haiwan yang unik dan istimewa. Haiwan yang perlu dibela untuk generasi akan datang".
"Spesis orang utan perlu dilindungi kerana mereka merupakan makhluk Tuhan yang memiliki hak seperti manusia untuk hidup dengan selesa".
"Spesis orang utan perlu dilindungi kerana populasi orang utan semakin pupus dan mungkin generasi akan datang tidak dapat melihat orang utan".

Sambutan terhadap pertandingan kuiz ini sungguh menggalakkan... Hadiah akan disampaikan kemudian... siapa pemenangnya??? tunggu......


Dengan penganjuran pertandingan ini, mesej tentang kepupusan orang utan dapat disebarluaskan dan menarik minat warga sekolah untuk mengetahui tentang spesis orang utan dengan lebih dekat... 'Orang utan dekat dihati'... =)

0 comments: