Pamplet & poster untuk semua sekolah di Batu Pahat

Salam untuk semua...

Untuk menyebarkan maklumat tentang kepupusan orang utan, kami telah menyediakan pamplet dan poster untuk diedarkan kepada semua sekolah rendah dan menengah di daerah Batu Pahat...

Dengan bantuan kakitangan sekolah, kami mencetak pamplet dan poster tersebut dalam pelbagai warna untuk menarik perhatian pembaca...



Kemudian, kami memasukkan pamplet dan poster berkenaan ke dalam 'pigeon hole' semua sekolah rendah dan menengah yang terletak di Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat...




Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat di atas kerjasama yang diberikan...
Melalui pengedaran pamplet dan poster ini, diharapkan mesej tentang kepupusan orang utan dapat diperluas dan sekaligus meningkatkan kesedaran semua warga sekolah untuk melindungi spesis orang utan daripada pupus...

0 comments: