Pamplet kempen 'One Hope For Orang Utan'

Salam untuk semua...

Buat 'banner' sudah...buat mural pun sudah... Apa lagi yang kami boleh buat untuk menyebarluaskan maklumat tentang kepupusan orang utan ? Emmmm....

Hah...apa kata kita buat pamplet.... =)

Sebelum kami membuat pamplet ini, terlebih dahulu kami mendapatkan maklumat tentang orang utan dari pelbagai sumber maklumat seperti buku, majalah, ensiklopedia dan internet...

Kemudian, kami muatkan maklumat tersebut di dalam pamplet kami... Antara maklumat yang kami muatkan di dalam pamplet ini ialah matlamat dan objektif kempen, info menarik mengenai orang utan, punca kepupusan orang utan, langkah melindungi orang utan dan ikrar kempen kesedaran kepupusan orang utan...




Kami telah mencetak hampir 4500 pamplet kempen ini dan kami telah mengedarkannya kepada warga sekolah, semua sekolah rendah & menengah di daearah Batu Pahat serta para pengguna lebuhraya PLUS di Plaza Tol Ayer Hitam, Batu Pahat...


Dengan bantuan Sukarelawan Pongo, mereka telah mengedarkan pamplet ini kepada masyarakat sekitar tempat kediaman mereka... Terima kasih diucapkan kepada Sukarelawan Pongo diatas kerjasama kalian... Diharapkan usaha ini dapat mendidik warga sekolah dan masyarakat setempat untuk menyayangi dan melindungi orang utan...

0 comments: