Sukarelawan Pongo buat 'banner'

Salam untuk semua...

Bagi menyemarakkan lagi kempen 'One Hope For Orang Utan', Sukarelawan Pongo dikehendaki membuat 'banner' yang berkaitan dengan orang utan mengikut kumpulan masing-masing... Mereka bebas mencurahkan kreativiti dan ekspresi tentang kepupusan orang utan pada 'banner' mereka... beberapa hadiah disediakan bagi 'banner' yang terbaik...





Maka bermulalah semua kumpulan Sukarelawan Pongo menyiapkan 'banner' masing-masing dalam masa seminggu sahaja... Pelbagai gelagat dan teletah mereka dapat kami rakamkan... Semua Sukarelawan Pongo diuji untuk saling bekerjasama dalam satu kumpulan... ternyata mereka boleh melakukannya... tahniah dan syabas kepada semua Sukarelawan Pongo...




Apabila tempoh yang diberikan tamat, kami dapat lihat kreativiti mereka cukup menarik, ceria dan berwarna-warni... Apa-apa pun, mesej tentang kepupusan orang utan diutamakan...

Dengan bangganya kami mempersembahkan beberapa 'banner' yang dihasilkan oleh Sukarelawan Pongo... terimalah...






Kesemua 'banner' tersebut kemudiannya digantung di sekitar kawasan sekolah untuk tatapan semua warga sekolah... ini secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana keprihatinan dan sekaligus meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah tentang kepupusan orang utan yang semakin terancam...



Terima kasih Sukarelawan Pongo!!!

2 comments:



Tanpa Nama berkata...

betul ke hantar pamplet satu sekolah dekat daerah batu pahat???sekolah saya dgn sekolah member saya x dpt pn pamplet nye.....promote jek lebih tpi semuanya palsu-palsu belaka,kalo menang pun x guna cos menipu orang dgn cara simpati,orang utan dkt dalam hutan tu pun belum tentu selamat kalo korang menipu....allah x redha dengan orang yang suka menipu&ciplak idea orang lain....kaki ciplak biasala,kesian orang utan dipergunakan untuk kepentingan sekolah korang ....

Gading Pongo Rescue Squad berkata...

Salam...

Terlebih dahulu terima kasih sebab visit our blog... mengenai edaran pamplet dan poster ke semua sekolah daerah batu pahat tuuu.. setiap sekolah kami berikan 2 pamplet dan 3 poster dan kami masukkan di 'pigeon hole' sekolah2 di pejabat pelajaran daerah batu pahat(PPD)... so, terpulanglah kepada pihak sekolah masing-masing untuk memperbanyakkannya atau menampalnya di papan kenyataan sekolah anda... ataupun mungkin kakitangan pejabat sekolah anda belum mengambilnya di PPD... InsyaAllah usaha yang baik mendapat balasan yang baik juga daripada Allah swt... anyway terima kasih di atas komen anda... kami amat menghargainya... Sekali lagi terima kasih kerana visit our blog... "Orang utan semakin pupus, berikan mereka harapan untuk hidup"...

ikhlas;
GPRS