'Banner' kempen di luar kawasan sekolah

Salam untuk semua...

Salah satu usaha kami untuk memupuk kesedaran tentang kepupusan orang utan terutamanya di kalangan masyarakat setempat, kami telah menggantung 4 helai 'banner' di luar kawasan sekolah...



Kami telah menggantung 'banner' kempen yang pertama di jejantas berhampiran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pusat Kegiatan Kemas dan Masjid Kg. Parit Jelutong, Parit Raja, Batu Pahat.



'Banner' yang kedua kami telah gantungkan di jejantas yang berhampiran dengan SMK Munshi Sulaiman, SMK Tun Aminah, Institut Perguruan Tun Hussein Onn dan kilang perindustrian.


...2 'banner' lagi kami telah gantungkan di perhentian bas (bus stop) berhampiran sekolah kami...

Kami berharap dengan adanya 'banner' ini, masyarakat setempat sekitar kawasan sekolah sedar akan kepentingan kempen ini dan bertindak secara bersama untuk melindungi spesis orang utan daripada pupus...

0 comments: