Salam untuk semua...
Pada peringkat awal kami merancang untuk mengadakan pameran orang utan di sekolah oleh Zoo Melaka... Diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pameran tersebut tidak dapat diadakan...
Bagaimanapun, kami merancang untuk melawat Zoo Melaka dan pada 23 Ogos yang lalu, apa yang kami rancang menjadi kenyataan... Di sini kami ingin berkongsi pengalaman kami dengan rakan-rakan sekalian...
Kami bertolak dari sekolah kira-kira jam 8.30 pagi dan sampai di Zoo Melaka kira-kira 9.45 pagi... Tujuan kami datang membuat lawatan ke Zoo Melaka ialah untuk melihat sendiri spesis orang utan yang ada di sana... Berdebar-debar bercampur perasaan gembira kami dibuatnya...
Setelah membeli tiket, kami pun memulakan perjalanan ke dalam Zoo Melaka... Dikesempatan ini juga, kami telah meminta tandatangan sokongan dan mengedarkan pamplet serta pelekat kenderaan sempena kempen ini kepada petugas-petugas Zoo Melaka... Di samping itu, kami juga telah meletakkan pamplet di tempat yang disediakan untuk bahan bacaan para pengunjung yang mengunjungi zoo tersebut...
Perasaan kami bertambah berdebar-debar apabila dari kejauhan kami melihat kelibat orang utan bersama petugas zoo... Dengan perasaan gembira, kami terus berlari meluru ke arah orang utan tersebut... Dan buat pertama kalinya dalam hidup, kami dapat melihat dan memegang orang utan secara langsung... 'Sam' begitulah nama orang utan tersebut...
Pada mulanya, kami berasa agak takut... manalah tahu orang utan menyerang dan menggigit... tetapi setelah diyakinkan sendiri oleh petugas zoo tersebut, kami mula yakin dan berani... kami mula memegang dan memberi makanan kepada orang utan tersebut... Saiznya agak sederhana besar... Bulu badannya agak kasar...
Pada mulanya, kami berasa agak takut... manalah tahu orang utan menyerang dan menggigit... tetapi setelah diyakinkan sendiri oleh petugas zoo tersebut, kami mula yakin dan berani... kami mula memegang dan memberi makanan kepada orang utan tersebut... Saiznya agak sederhana besar... Bulu badannya agak kasar...
Kami amat gembira pada ketika itu... Satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan... Kami juga bertanya lebih lanjut mengenai orang utan tersebut dari petugas zoo tersebut... banyak maklumat yang kami perolehi... Saudara Syamim, ketua pasukan kami tidak melepaskan peluang untuk mendukung orang utan tersebut... ternyata orang utan tersebut agak berat... Kami juga melepaskan peluang untuk bergambar bersama Sam..
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan melawat di sekitar zoo... pelbagai spesis haiwan yang dipamerkan... Kami mengambil kesempatan ini juga untuk meminta tandatangan sokongan dan mengedarkan pamplet serta pelekat kenderaan kempen kepupusan orang utan kepada pengunjung-pengunjung zoo... Ternyata mereka memberi sokongan yang baik terhadap kempen kami...
Setelah jauh berjalan di sekitar kawasan zoo, akhirnya kami sampai di tempat pameran orang utan... Di sini kami dapat perhatian hanya seekor sahaja orang utan yang dipamerkan... Mungkin inilah gambarannya bahawa spesis orang utan semakin pupus... Saiz orang utan ini lebih besar jika dibandingkan dengan saiz orang utan yang mula-mula kami jumpa tadi...
Kami seolah-olah dapat merasakan kesedihan yang terpancar di wajah orang utan ini... Bagaimana agaknya nasib keluarga orang utan ini di dalam hutan sana... Adakah masih hidup atau sebaliknya...???
0 comments:
Catat Ulasan