Kenapa anda menyertai GPRS sebagai sukarelawan ?

Salam untuk semua...

Semasa rakan pelajar mendaftar sebagai sukarelawan untuk kempen ini, mereka dikehendaki mengisi borang maklumat diri... Di dalam borang tersebut, kami menanyakan satu soalan iaitu 'Kenapa anda menyertai GPRS sebagai sukarelawan?'... Inilah antara jawapan mereka...

"Saya menyertai GPRS sebagai sukarelawan adalah kerana saya cintakan binatang dan tumbuh-tumbuhan di sekeliling saya. Selain itu, saya ingin mempelajari perkara baru dalam hidup saya dan memberi kesedaran kepada segelintir orang yang suka menghapuskan binatang-binatang yang ada di muka bumi ini... Nurul Faradila bt. Roslan, 4PD1"

"Saya menyertai GPRS sebagai sukarelawan kerana saya berasa bertanggungjawab untuk membantu menyelamatkan orang utan yang kini diancam kepupusan. Selain itu, saya ingin mendapat menimba ilmu pengetahuan yang baru... Muhammad Noor Amirul Asraf b. Mohd Isnin, 2RK1"

"Saya menyertai GPRS ini kerana saya ingin bersama-sama membantu menyelamatkan orang utan. Saya amat sukakan binatang. Bagi saya, orang utan merupakan haiwan yang sangat comel dan pintar... Siti Nazrina bt. Kharudin, 2RK1"

"Saya ingin menyertai GPRS sebagai sukarelawan kerana saya ingin menimba lebih pengetahuan tentang hidupan di hutan, mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah, mencari pengalaman baru, mengeratkan silaturrahim dan menolong orang utan... Muhammad Nurhafiz b. Ahmad, 1KAA"

"Saya menyertai GPRS sebagai sukarelawan kerana saya ingin menimba pengalaman mengenai orang utan yang semakin pupus. Di samping mencari lebih ramai rakan baru serta dapat mengisi masa lapang... Iylia Syafiqah bt. Md Johan, 2KAA"

"Saya menyertai GPRS sebagai sukarelawan kerana saya ingin menimba pengalaman baru dan sangat menyayangi orang utan dan juga tidak mahu orang utan pupus supaya generasi akan datang tahu apa itu orang utan... Muhammad Nashrul Ashraf b. Zulkefle, 2KAA"

"Saya menyertai GPRS sebagai sukarelawan kerana saya ingin melihat haiwan spesis ini bebas di atas bumi dan ingin mereka hidup sehingga generasi akan datang... Nurdini bt. Mohd Aminuddin, 1RK3"

"Saya menyertai GPRS sebagai sukarelawan kerana saya ingin menimba ilmu dan pengalaman sebagai seorang sukarelawan dan ingin menyelamatkan habitat orang utan daripada kepupusan... Nur Aisyah bt. Sairen, 1RK1"

Terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan kalian...

0 comments: